Tempat dan aktiviti menarik di Johor - Wonderfly's Blog

12 Tempat dan Aktiviti Percutian POPULAR di Johor!

Apa yang menarik di Johor? Tempat dan aktiviti BEST di Johor untuk anda sekeluarga!

Johor Bahru juga antara negeri yang selalu dijadikan sebagai destinasi percutian untuk seisi keluarga. Banyak tempat-tempat serta aktiviti menarik yang wajib anda pergi dan cuba! Wonderfly dah senaraikan 15 tempat dan aktiviti best untuk anda!

12 Tempat & Aktiviti Percutian di Johor

1. LEGOLAND

LEGOLAND Malaysia Johor Bahru Wonderfly 2

Kredit: @ninaninsy

Taman tema yang sangat sesuai untuk bawa anak-anak! Tempat ni memang wajib dikunjungi bila bercuti di Johor. Yang dewasa pun kena cuba sekali seumur hidup, tapi berkali-kali pun tak apa sebab seronok sangaaat!

Taman tema ni ada indoor dan water park. Memang tak cukup nak berjalan-jalan dan cuba semua aktiviti dalam satu hari. Ada pelbagai rides yang mendebarkan serta gelongsor yang menyeronokkan untuk anda cuba seperti LEGO Slide Racer dan Brick Blaster. Anda juga boleh menginap di LEGOLAND Resort untuk teroka keseluruhan taman tema ni.

LEGOLAND Malaysia Johor Bahru Wonderfly 2

Kredit: @ninaninsy

Jangan lupa untuk bawa cermin mata, topi dan juga sunblock supaya anda sekeluarga tak terlalu terdedah dengan cahaya matahari. Minum air yang mencukupi untuk elak dehydrated ya!

Takut beratur panjang bila nak beli tiket? Wonderfly kan ada! Dapatkan tiket ke LEGOLAND Johor Bahru secara online dan imbas kod QR sahaja di kaunter!

Waktu Operasi: 10AM – 6PM

Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, Nusajaya, Johor Bahru

2. SEA Life

SEA Life LEGOLAND Johor Bahru Wonderfly

Kredit: @liyanabakarudin_

Dah penat bermandi-manda dan bermain di LEGOLAND, boleh bawa keluarga anda ke SEA Life yang juga terletak di dalam LEGOLAND! Lihat lebih 180,000 jenis hidupan laut di dalam lebih 50 akuarium dengan lebih dekat.

Anak-anak mesti suka tengok pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain seperti penguin dan penyu! Ini lah masa untuk memperkenalkan nama-nama hidupan laut untuk anak-anak belajar.

Anda juga boleh dapatkan tiket ke SEA Life dari Wonderfly!

Waktu Operasi: 10AM – 6PM

Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, Nusajaya, Johor Bahru

3. Johor Premium Outlets

Johor Premium Outlets Tempat Menarik

Kredit: @amirahnazrie

Syurga buat kaki shopping! Seperti Genting dan Sepang, Johor pun ada Premium Outlets mereka sendiri. Pusat beli belah yang ada banyak kedai-kedai berjenama mewah dan terkenal. Harga juga adalah lebih murah dan setiap hari pun ada diskaun tau!

Waktu Operasi: 10AM – 10PM

Alamat: Jalan Premium Outlets, Indahpura, Kulai

4. Toppen Mall

Toppen Mall Johor Bahru Tempat Menarik

Kredit: @toppenmy

Tempat nak shopping lagi! Ya, rakyat Malaysia sememangnya suka shopping pun kan? :p Pusat beli belah Toppen ni dimiliki oleh raja perabot iaitu IKEA! Toppen ni terletak di sebelah IKEA, jadi boleh lah nak makan meatballs.

Toppen ni bukan pusat beli belah yang biasa-biasa. Selain dari kedai dan restoran, ada juga taman di rooftop, tempat permainan kanak-kanak, skate park, rock climbing dan macam-macam lagi! Mak-mak sibuk shopping, para suami boleh layan anak-anak bermain di sini!

Waktu Operasi: 10AM – 10PM

Alamat: No. 33A, Jln Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

5. Danga Bay

Danga Bay Johor Tempat Menarik

Kredit: @lindanurdinn

Tempat yang menjadi tumpuan utama para pengunjung yang datang ke Johor! Danga Bay merupakan taman rekreasi terbesar di Johor dan ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Boleh datang ke sini pada waktu malam kerana lebih happening!

Ada pelbagai restoran ada di Danga Bay, boleh makan ikan bakar & seafood! Sambil-sambil makan malam, anda boleh menikmati cahaya lampu bandar Singapore yang terletak di seberang Selat Tebrau.

Anak-anak juga boleh bermain di mini amusement park, ada Petting Zoo, Ferris Wheel dan macam-macam lagi!

Waktu Operasi: 7PM – 2AM

Alamat: Jalan Bertingkat Skudai, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor

6. Bazar Karat

Bazar Karat Johor Tempat Menarik

Kredit: @sateesh93

Tempat yang sesuai untuk peminat barangan antik! Bazar Karat ni terletak di tengah-tengah bandar Johor dan ramai juga pengunjung yang datang ke sini untuk jalan-jalan.

Macam-macam barang dijual, dari baju, seluar, kasut dan tempat-tempat makan juga banyak! Sambil berjalan-jalan, anda boleh nikmati persembahan busker.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 6PM– 12PM, Sabtu – Ahad: 7:30AM– 12PM

Alamat: No 26 – 20, Jalan Segget, Johor Bahru

7. Gunung Ledang (Mount Ophir)

Gunung Ledang Johor Aktiviti Menarik

Kredit: @fxhrurrazi_official

Sesuai bagi yang sukakan alam semulajadi! Gunung Ledang ni adalah puncak tertinggi di Johor dan merupakan tempat hiking  yang popular. Terletak di daerah Ledang yang bersempadan dengan negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Nak mendaki gunung ni akan mengambil masa selama 5 hingga 6 jam. Uish, lama juga! Pastikan anda mendaki dalam kumpulan dan mempunyai seorang guide. Pakai pakaian yang sesuai dan selesa!

Ada bayaran kemasukan sebanyak RM5 untuk seorang dan insurans sebanyak RM2.

Waktu Operasi: 24 jam

Alamat: 26 Batu, Jalan Segamat, Sagil, 84020, Johor

8. Kulim Eco Trail Retreat

Kulim ECO Trail Retreat Aktiviti Menarik

Kredit: @visitjohor

Tempat yang sesuai untuk keluarga besar, sekumpulan kawan-kawan ataupun team building sebab ada banyak aktiviti ekstrem di sini! Ada stand-up paddling, berkayak, tree climbing, flying fox dan banyak lagi. Memang best bila buat aktiviti ni beramai-ramai.

Kulim Eco Trail Retreat ni berdekatan dengan Sungai Johor. Anda juga boleh menikmati pemandangan senja yang sangat indah!

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 8:30AM – 5:30PM, Ahad 8:30AM – 12:30PM

Alamat: Ladang Basir Ismail, 81900 Kota Tinggi, Johor

9. Taman Negara Endau

Taman Negara Endau Rompin Johor Aktiviti Menarik

Kredit: @nasuhafazarin

Taman Negara Endau ni juga adalah tempat yang sesuai untuk pencinta alam! Boleh bermandi-manda di air terjun sambil menikmati pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan.

Tempat ni merupakan taman negara kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai lagenda tersendiri. Masih ada hidupan liar yang hampir pupus wujud di sini iaitu Badak Sumbu Sumatera.

Ada 4 tempat perkhemahan yang boleh tampung hampir 300 pengunjung. Anda boleh berkhemah atau night walk, night track, jungle trekking, water tubing dan banyak lagi.

Yuran kemasukan adalah RM10 seorang dan kalau nak trekking, anda perlu bayar tambahan RM10 untuk permit dan insurans.

Waktu Operasi: 8AM – 5PM

Alamat: Kampung Bekok, 85400 Bekok, Johor

10. Pulau Tinggi

Pulau Tinggi Johor

Kredit: @mhdwaie

Nak kan percutian yang relaxing di pulau? Boleh kunjungi Pulau Tinggi yang terkenal dengan pasirnya yang putih! Pulau ni juga dikenali sebagai General Hat Island. Terletak hanya 45 minit dari jeti Tanjung Leman.

Pulau ni merupakan tumpuan nelayan dan sesuai untuk yang sukakan aktiviti memancing. Selain dari memancing, anda pun boleh buat aktiviti lain seperti snorkeling dan diving!

Alamat: Pulau Tinggi, Mersing, Johor

11. Pulau Sibu

Pulau Sibu Mersing Johor

Kredit: @nurizatukiran

Air laut yang jernih?! Wow, cantik sangat! Pulau Sibu ni pun terletak di Mersing, Johor. Ada pelbagai aktiviti yang boleh anda cuba seperti diving dan snorkeling.

Di Pulau Sibu ni ada 4 pantai utama: dive base, yang menghadap ke Laut China Selatan, di tengah pulau dan yang menghadap ke arah tanah besar. Di setiap pantai ni juga ada resort-resort yang terkenal.

Alamat: Pulau Sibu, Mersing, Johor

12. Pulau Rawa

Pulau Rawa Johor

Kredit: @glampam28

Pulau yang kecil tapi tak mengecewakan sebab pemandangan laut yang sangat indah! Kalau ambil gambar, mungkin ada yang ingat seperti bercuti di Maldives :p

Sesuai untuk percutian yang santai-santai dan juga untuk pasangan yang nak honeymoon!

Anda pun boleh menyelam, wind surfing, berkayak, scuba diving, island walking dan mendaki bukit yang terletak berhampiran dengan pulau ni.

Alamat: Pulau Rawa, Johor

 

8 Tempat sejuk di Malaysia seperti di oversea!

Share it out
Tags: , ,
Previous Post Next Post

Leave a Reply