tempat-tempat menarik di penang

13 Tempat menarik yang menyeronokkan di Penang!

Tempat-tempat menarik yang WAJIB dikunjungi bila anda bercuti ke Penang!

Penang merupakan destinasi percutian kegemaran orang ramai. Penang adalah tempat di mana pengunjung boleh menikmati percutian pulau yang relaxing! Penang juga adalah satu destinasi syurga makanan, kita pekena Nasi Kandar! Destinasi yang sangat sesuai untuk keluarga ataupun bersama kawan-kawan.

Sedang merancang percutian ke Penang? Wonderfly dah senaraikan tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi dan aktiviti yang menyeronokkan untuk anda lakukan bersama keluarga atau kawan-kawan!

Tempat-tempat menarik di Penang!

1. BookXcess Gurney Paragon

@kemaaal.__ bookxcess penang

Kredit: @kemaaal.__

Siapa ulat buku di sini angkat tangan! Mesti anda akan sukakan tempat ni, memang syurga buku. Hiasan dalaman kedai buku ni juga sangat unik dan insta-worthy! Bukan ulat buku pun mesti nak datang sini untuk bergambar.

Waktu Operasi: Setiap hari, 10AM – 10PM

Alamat: 163D-7.06-7.16 & L8.02-8.-5, Gurney Paragon, Persiaran Gurney, 10250 George Town

2. Pasar Karat Lorong Kulit

Singgah di Pasar Karat Lorong Kulit ni jika anda seorang collector atau memang suka barang-barangan antik! Semua barang-barang di sini adalah barangan yang terpakai. Ada yang dah berusia beratus-ratus tahun. Boleh beli untuk dijadikan hiasan rumah ataupun simpan sebagai memori!

@pondok.penang pasar karat lorong kulit penang

Kredit: @pondok.penang

Waktu Operasi: Setiap hari, 7:30AM – 1PM

Alamat: 625 Jalan Dato Keramat Georgetown, 10460 George Town

3. Jalan Seni Lebuh Armenia

Satu, dua, tiga.. POSE! Ha ini lah tempat yang merupakan hot spot di Penang! Kaki selfie, serlahkan bakat anda! Ambil gambar dengan latar belakang dinding mural yang berwarna-warni. Lukisan ini semua merupakan kisah hidup seharian masyarakat di Penang. Ada yang melucukan dan ada juga yang sangat nostalgia!

@asyuraalya penang street art

Kredit: @asyuraalya

@asyuraalya penang street art

Kredit: @khatykataladin

Waktu Operasi: 24 jam

Alamat: Lebuh Armenian, George Town, 10450 George Town

4. Saanen Dairy Goat Farm

Tengok kambing-kambing dengan lebih dekat! Tempat ni sesuai untuk bawa anak-anak kecil, mereka pasti suka tengok gelagat kambing di sini dan mereka boleh bagi makan kepada kambing! Bukan setakat kambing je yang ada, ayam, kucing, burung unta dan banyak lagi binatang-binatang yang comel!

Anda juga boleh beli produk susu kambing yang segar di sini. Bawa balik untuk keluarga juga!

@oomooimann saanen dairy goat

Kredit: @oomooimann

Waktu Operasi: Rabu – Ahad, 10AM – 6PM

Alamat: 298 Mukim 1 Sungai Pinang, 11010 Balik Pulau, Penang

5. Taman Botanikal Penang

Ambil angin di Taman Botanikal Penang ni! Dah puas makan Nasi Kandar, kita jalan-jalan secara santai je di sini. Kalau rajin, nak jogging pun boleh! Eh, datang bercuti nak jogging pulak :p

@awatifnabila taman botanikal penang

Kredit: @awatifnabila

Taman ni adalah tempat jajahan British dulu untuk mencari tumbuh-tumbuhan yang nak dikomersilkan tapi lepas Jepun yang menjajah, mereka mencari tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat. Menarik bukan?

Boleh datang ke taman ni pada waktu pagi untuk elak panas! Anda juga boleh naik trem yang tersedia di sana. Anda boleh teruskan aktiviti dengan mendaki Bukit Bendera sebab dekat saje.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 8AM – 5PM

Alamat: Kompleks Pentadbiran,Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga, 10350 George Town

6. Rumah P Ramlee

Jika anda atau ibu bapa anda merupakan peminat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, boleh bawa mereka ke tempat ini! Rumah ni merupakan tempat kelahiran beliau dan anda boleh tengok basikal yang beliau gunakan dulu.

@danneanazri rumah p. ramlee

Kredit: @danneanazri

Rumah kayu ni telah dibina oleh ayah dan pakciknya. Ada juga barang-barangan yang telah diguna oleh beliau seperti kasut putih yang dulunya dipanggil ‘sepatu’.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 9AM – 5PM

Alamat: Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman P. Ramlee, 10460 George Town

7. Taman Negara Penang

Jalan-jalan sambil menikmati alam semulajadi di Taman Negara Penang ni! Ada 5 jenis habitat yang sangat unik dan tak ada di mana-mana tau. Anda boleh lihat hutan paya bakau, haiwan serta penyu! Taman negara ni juga berhampiran dengan pantai. Boleh la nikmati angin sepo-sepoi bahasa.

@mathildetraveling taman negara penang

Kredit: @mathildetraveling

Alamat: Pejabat Taman Negara P. Pinang jalan Hassan Abbas, 11050 George Town

8. Kuil Kek Lok Si

Kuil ni merupakan salah satu kuil buddhist terbesar di Asia Tenggara! Tempat ni sememangnya wajib dikunjungi kerana seni binanya sangat unik dan warna yang menarik!

tempat menarik kek lok si temple

Kredit: @sallyinwanderland

Waktu Operasi: Setiap hari, 8:30AM – 5:30PM

Alamat: 1000L, Tingkat Lembah Ria 1, 11500 Air Hitam

9. Little India

tempat menarik little india penang

Kredit: @luqmanzaidi

Tak lengkap percutian anda kalau tak ke sini. Little India ni adalah kawasan lot-lot kedai yang sangat happening lebih-lebih lagi pada waktu malam! Anda boleh beli-belah baju saree dan aksesori lain. Di sini juga ada banyak kedai makan yang boleh anda singgah untuk cuba teh tarik dan roti naan!

Waktu Operasi: Setiap hari, 9AM – 945PM

Alamat: Lebuh Pasar, George Town, 10450 George Town

10. Pantai Batu Ferringhi

tempat menarik pantai batu ferringhi

Kredit: @sssnowsuet

Dah datang ke Penang, mesti lah nak melawat pulau! Anda boleh datang ke pantai yang terkenal di Penang iaitu Pantai Batu Ferringhi. Nak bermandi-manda ke atau nak berkelah, minum air kelapa yang segar sambil menikmati pemandangan!

Alamat: Jalan Batu Ferringhi Batu Ferringhi, 11100 George Town

11. Entopia by Penang Butterfly Farm

tempat menarik wonderfly entopia butterfly penang

Kredit: @iwanyyhalim

Lawawti Entopia untuk lihat rama-rama berwarna-warni berterbangan di sekitar anda! Tempat tarikan ni adalah rumah kepada 150 spesies fauna dan lebih 200 spesies flora. Nikmati kehijauan pokok-pokok yang subur sambil melihat lebih 15,000 rama-rama berterbangan!

Dapatkan tiket kemasukan ke Entopia dari Wonderfly!

Waktu Operasi: Tutup setiap Rabu, 9AM – 6PM

Alamat:Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Penang

12. Dark Mansion Penang

wonderfly dark mansion penang

Kredit: @sinpei

Muzium glow in the dark pertama di Malaysia! Anda pasti terpukau dengan hiasan glow in the dark yang berwarna-warni. Jangan lupa ambil gambar di sini, memang sangat cantik!

Boleh beli tiket kemasukan anda ke Dark Mansion Penang dari Wonderfly!

Waktu Operasi: Setiap hari, 10:30AM- 6:30PM

Alamat:145, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town

13. Penang Art Trick Museum

tempat menarik penang 3d trick art museum

Kredit: @sarahmaylowtarotacademy

Tempat tarikan yang sesuai untuk para pengunjung yang suka bergambar! Boleh buat macam-macam aksi di sini kerana ada lebih 40 lukisan 2D dan 3D untuk anda ambil gambar! Lukisan-lukisan di sini sangat unik dan hanya ada di Penang je!

Beratur panjang? Scan kod QR e-tiket dari Wonderfly je! Beli tiket ke Penang Art Trick Museum sekarang!

Waktu Operasi: Setiap hari, 9AM – 6PM

Alamat: 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town

2H1M Ipoh – Aktiviti-aktiviti menarik di sini

Share it out
Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Leave a Reply