Ipoh: Tempat makan yang best dan aktiviti yang menyeronokkan untuk anda!
Ipoh mali, Ipoh-Ipoh mali~ Perjalanan ke Ipoh dari Kuala Lumpur mengambil masa dalam 3 jam sahaja. Sukakan tempat seperti gua, batu kapur serta kolam air panas, negeri ini adalah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi!
Tak lupa juga.. Ipoh adalah tempat sesuai untuk foodie serta art lovers! Wonderfly dah sediakan itinerary untuk 2 hari 1 malam khas untuk anda!
Hari Pertama di Ipoh
Check-in di Belakang Kong Heng
Kredit: @ninazulkafli
Tempat penginapan yang berkonsepkan industrial ini merupakan bangunan lama yang telah dipelihara dengan baik. Hotel ini telah dimodenkan dengan hiasan kontemporari untuk pastikan para pengunjung sentiasa selesa!
Hotel insta-worthy ni untuk semua, baik yang berkeluarga ataupun yang datang bersama kawan-kawan! Belakang Kong Heng ni juga berhampiran dengan tempat-tempat menarik yang wajib untuk dikunjungi.
Kredit: @belakangkongheng
Alamat: 75, Jalan Bandar Timah, 30000
Brunch di Canning Dim Sum
Kredit: @saifulzainirosdi
Restoran yang mesti dikunjungi bila datang ke Ipoh. Apa yang best di sini? DIM SUM! Pelbagai pilihan dim sum yang ada, dari Loh Mah Kai (glutinous rice), Abalone Kaviar Mai, Siu Mai dan macam-macam lagi.
Kredit: @anipichigo
Harga satu bekas dalam RM4 hingga RM6 sahaja! Memang konfirm order banyak sampai penuh meja! Ada juga pilihan menu yang goreng dan pau pelbagai perisa.
Alamat: No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400
Jalan-jalan dan bergambar di Ipoh Street Art
Kredit: @nrulfah_
Perut dah kenyang, kita berjalan-jalan pula di sini! Anda boleh jumpa dinding mural yang berwarna-warni di lorong-lorong antara bangunan-bangunan kedai.
Kredit: @ranijuliernesta
Kebanyakan bangunan di sini adalah bangunan lama yang diserikan semula dengan lukisan warna-warni. Mural-mural seperti Old Town Relieves Nostalgia With Trishaw, Hanging Kopi O Ikat Tepi, A Yellow Hummingbird, Kids Riding a Paper Plane, An Old Uncle Drinking Coffee, dan Evolution telah dilukis oleh seorang artis bernama Ernest Zacharevic dari Lithuania.
Alamat: Jalan Masjid, Taman Jubilee, 30300
Lawat Kuil Gua di Ipoh
Ada banyak kuil gua yang selalu dikujungi orang ramai di sini. Antara kuil gua yang terkenal adalah Perak Cave Temple, Kek Lok Tong dan Sam Poh Tong.
Kredit: @pottercinno
Perak Cave Temple ni terletak bersebelahan dengan jalan utama Tasek Road dan Gunung Tasek! Seni bina kuil ni seperti sebuah istana yang didiami sebuah keluarga. Kuil ni dibuka setiap hari dan kemasukan adalah percuma! Anda boleh mendaki ke puncak untuk nikmati pemandangan yang menakjubkan!
Alamat: Jalan Kuala Kangsar, Kawasan Perindustrian Tasek, 31400
Kredit: @stevieandjes
Nikmati juga seni bina kuil gua Kek Lok Tong dan Sam Poh Tong yang sangat unik dan ditemani dengan kehijauan pokok-pokok bonsai!
Beli belah di Concubine Lane
Kredit: @myrazwr
Terletak hanya bersebelahan dengan Belakang Kong Heng, di sini lah tempat untuk beli souvenirs! Wajib singgah di sini sebab ada banyak butik, kafe dan kedai dessert yang comel! Boleh cuba ais kepal, cotton candy & rainbow toast yang berwarna-warni.
Banyak spot menarik untuk ambil gambar OOTD!
Kredit: @americenooo
Alamat: Lorong Panglima, Concubine Ln, 30000
Makan malam di Assam House
Kredit: @fillanie
Masakan Baba Nyonya yang sedap sehingga menjilat jari gitu! Menu yang wajib dicuba Kari Asam Pedas Nyonya, Butter Prawn, Ayam Kapitan! Pastikan anda booking dulu sebelum datang ke restoran ni sebab selalu full-house tau.
Alamat: 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Medan Gopeng, 31350
Hari Kedua di Ipoh
Sarapan di Restoran New Hollywood
Kredit: @shakilovesfood
Ini lah kedai makan yang viral tu! Orang sanggup beratur panjang dari pukul 7 pagi. Walaupun beratur panjang, makanan yang di sini memang tak mengecewakan!
Pelbagai menu yang ada di sini dari chee cheong fun, kuey teow, yong tau foo, mee kari, roti bakar dan banyaaaaak lagi! Tak lengkap trip anda ke Ipoh kalau tak cuba kopi Hainan mereka!
Alamat: 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400
Jalan-jalan di Pasar Karat Ipoh (LOKEN)
Kredit: @gregory_hudson_
Tempat ni sesuai untuk collector barang-barang lama dan unik! Macam-macam barang yang dijual termasuk lah perkakas dapur, mainan, alat muzik, baju, kasut dan banyak lagi barangan yang mengimbau kenangan pada zaman dulu!
Dibuka hanya pada hari Ahad dari 7 pagi hingga 12 malam.
Alamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300
Habiskan tenaga di Sunway Lost World of Tambun!
Kredit: @nrazrashahira
Percutian anda ke Ipoh tak lengkap jika tak berseronok di Sunway Lost World of Tambun! Tempat tarikan ni sesuai untuk seisi keluarga. Dikelilingi dengan hutan rimbun yang hijau serta pemandangan gua batu kapur!
Kredit: @krystalseah19
Boleh bermandi manda dan cuba pelbagai jenis gelongsor yang ada di taman tema air mereka. Terdapat juga permainan yang menyeronokkan dan boleh dinikmati oleh kanak-kanak ataupun dewasa.
Kredit: @wawa_rich
Seorang animal lover? Sunway Lost World of Tambun juga ada taman tema haiwan seperti Lost World Tiger Valley, Lost World Petting Zoo dan Hippo Kingdom di mana anda boleh berinteraksi dengan haiwan secara lebih dekat.
Anda juga boleh berehat sambil bermandi manda di kolam air panas mereka!
Tak puas lagi? Boleh enjoy pertunjukan Flaming Percussion di Hot Springs Night Park!
Macam mana nak dapatkan tiket kemasukan? Mesti lah di Wonderfly! Boleh beli e-tiket sekeluarga anda ke Sunway Lost World of Tambun secara online dan imbas kod QR semasa kemasukan!