2h1m di melaka wonderfly blog

2H1M Melaka – Aktiviti-aktiviti menarik di sini

Melaka: Tempat-tempat best yang anda perlu kunjungi pada hujung minggu ini!

Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Melaka ni memang bandar yang sering dikunjungi orang ramai pada musim cuti! Ada banyak tempat tarikan menarik untuk dikunjungi dan banyak tempat makan yang best-best untuk dicuba. Nak ke Melaka hujung minggu ni? Wonderfly dah sediakan itinerary 2 hari 1 malam ini khas untuk anda!

Bagi tempat-tempat tarikan yang berbayar, anda boleh dapatkan tiket dari Wonderfly! Lebih murah dari harga walk-in dan sudah tentu lebih mudah – beli secara online dan tak perlu nak beratur panjang. Jimat masa!

Hari Pertama di Melaka

Check-in di A’Famosa Resort!

Tempat penginapan sesuai bagi yang berkeluarga besar ataupun yang bercuti secara berkumpulan dengan kawan-kawan. Bukan sahaja ada bilik hotel biasa tetapi anda juga boleh tempah condo atau villa yang ada private pool!

Tempah terus penginapan anda dengan Wonderfly untuk 2 Hari 1 Malam di A’Famosa Resort!

Alamat: Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah

Brunch di Ngoh Juan Yong Kopitiam

wonderfly-Ngoh Juan Yong Kopitiam

Kredit: worldorgs.com

Kopitiam ni memang kegemaran ramai! Kopi Hailam dia adalah salah satu minuman yang wajib untuk dicuba. Selain roti bakar, kopitiam ini juga ada banyak menu menarik seperti Sup Herba Ayam, Hainanese Chicken Chop, Mee Hailam dan Hainanese Nasi Lemak.

wonderfly-Ngoh Juan Yong Kopitiam-1

Kredit: worldorgs.com

Setiap sup herba yang mereka hidangkan mempunyai kebaikan untuk kesihatan yang tersendiri. Mereka tulis kebaikan sup dalam menu!

Alamat: 2851, Jalan Datuk Naning, 78000 Alor Gajah

Mandi-manda di A’Famosa Water Theme Park!

Ini lah masa untuk kita lepaskan stress penat berkerja! Mandi-manda sepuas hati di A’Famosa Water Theme Park! Anda boleh cuba lebih 12 jenis ride yang menyeronokkan. Macam-macam jenis gelongsor ada, sesuai lah bagi yang sukakan cabaran.

Dah habis mandi-manda, anda boleh masuk ke Safari Wonderland pula. Anak-anak mesti suka sebab ada haiwan-haiwan seperti harimau, arnab, buaya dan banyak lagi!

Dapatkan tiket kemasukan ke A’Famosa Water Theme Park dan Safari Wonderland dengan Wonderfly je!

Alamat: Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah

Minum petang di The Coffee JAR

wonderfly-thecoffeejar

Kredit: The Coffee JAR

Mandi-manda dah selesai, kita minum-minum petang di kawasan Jonker Street pula. Bagi tekak rasa lega masa cuaca tengah panas ni! The Coffee JAR ni pasti disukai oleh cafe-hoppers. Cafe yang bersaiz kecil dan comel, mempunyai ciri-ciri hiasan dalaman seperti kedai-kedai lama serta dekorasi yang antik!

wonderfly-thecoffeejar wonderfly-thecoffeejar

Kredit: The Coffee JAR

Alamat: 38, Lorong Hang Jebat, 75200

Jalan-Jalan di Jonker Street Night Market

tempat jonker walk street night market melaka

Kredit: @the.mieux

Jonker Street ni memang wajib singgah bila anda kunjungi Melaka! Macam-macam barang anda boleh shopping di sini untuk bawa balik sebagai buah tangan. Ada juga makanan dan minuman yang famous untuk anda cuba seperti popia nyonya, aiskrim goreng dan banyak lagi!

Di sekitar Jonker Street ni juga ada banyak kafe dan restoran yang anda boleh singgah minum atau makan malam. Night life di sini pun sangat meriah!

Alamat: 33, Lorong Hang Jebat, 75200

Hari Kedua di Melaka

Sarapan di Warong Nek Munah

Warong Nek Munah tempat makan

Kredit: @tuanedruce

Selepas selesai check-out, boleh lah singgah di Warong Nek Munah! Ada macam-macam pilihan di sini – Nasi Lemak, Lontong, Roti Canai, Sup Daging dan anda wajib cuba Kopi Vietnam mereka!

Alamat: Km 20, Kg Sg Petai, Kampung Gajah Mati, 78000 Alor Gajah

Melawat tempat-tempat bersejarah

Mesti lah kena lawat tempat-tempat ni bila datang ke Melaka. Setiap orang yang datang ke Melaka, mesti ada bergambar di sini. St. Paul’s Hill, Windmill Dutch, Square Melaka, Stadhuys Menara Jam Melaka, tempat-tempat ini terletak berhampiran je dan anda boleh jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

bandar melaka bersejarah tempat bandar melaka bersejarah tempat bandar melaka bersejarah tempat

Kredit: @tanni.deb & @laurafcreates

Naik Melaka River Cruise!

Dah penat berjalan pusing sekitar Melaka tengok tempat-tempat bersejarah, kita rehatkan kaki pula.

tempat melaka river cruise tempat melaka river cruise

Kredit: @satrioarieff & @nafisphotography_


Naik Melaka River Cruise di Sungai Melaka selama 45 minit dan anda boleh lihat mercu tanda Melaka, bangungan seperti Church of St. Francis Xavier, Eye on Melaka. Anda juga akan lalu di bawah jambatan yang bersejarah seperti jambatan Tan Kim Seng and jambatan pasar!

Dapatkan tiket Melaka River Cruise dari Wonderfly!

Alamat:

Taman Rempah Jetty: Jalan Tun Mutahir, 75300

Muara Sungai Jetty: Jalan Graha Maju Aras 9, 75300

Melawat Illusion 3D Art Museum & Magic Art 3D Museum!

tempat illusion 3d art melaka

Kredit: @rong1062

Siapa suka bergambar, sila angkat tangan! Tempat tarikan ini sesuai untuk anda. Boleh buat macam-macam posing dan facial expression. Ini lah masa untuk serlahkan bakat anda. Terdapat lebih daripada 38 lukisan realistik yang anda boleh lihat dan bergambar sekali. Anda juga boleh cuba AR di mana anda boleh berinteraksi dengan Animasi 3D di skrin besar!

tempat magic 3d art melaka

Kredit: @fadyana_

Tak cukup lagi bergambar? Jangan risau, anda boleh berkunjung ke Magic Art 3D Museum pula! Kita penuhkan memori telefon ya! Dengan keluasan 7,000 kaki, anda boleh lihat lebih 40 jenis lukisan 3D yang menarik! Jangan lupa untuk tunjuk aksi paling hebat semasa bergambar, boleh bertanding sesama keluarga dan rakan-rakan.

Beli tiket masuk ke Illusion 3D Art Museum & Magic Art 3D Museum dari Wonderfly!

Alamat:

Illusion 3D Art Museum: F2-29, Second Floor, Dataran Pahlawan Megamall, Jalan Merdeka Bandar Hilir, 75000

Magic Art 3D Museum: G13,G15,G16 Bayou Square, Jalan Wakaf Utama, Magic Art 3D Museum, 75450 Bukit Katil


Dalam kita seronok berjalan-jalan tu jangan lupa untuk patuh SOP, jaga jarak fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka!

Share it out
Previous Post Next Post

Leave a Reply