5 Hotel Staycation Sambut Tahun Baru!

Jom staycay dan sambut tahun baru di 5 hotel ni dan lawati tempat-tempat popular di sekitar hotel!

Staycation bersama keluarga atau rakan-rakan anda untuk sambut tahun baru 2022 secara lebih selamat semasa pandemik ni dengan menginap di hotel-hotel ni!

Kalau dulu kita sambut tahun baru dengan mengira countdown secara beramai-ramai di Dataran Merdeka, KLCC, Putrajaya dan tempat-tempat popular yang lain. Disebabkan pandemik, kita terpaksa lah elak dari ke tempat-tempat yang sesak.

Tapi tak bermakna sambutan tahun baru hanya perlu duduk di rumah dan tengok TV je! Kita check-in lah hotel untuk staycay dengan keluarga atau rakan-rakan. Baru lah best! Boleh jalan-jalan dan lawat tempat-tempat yang terkenal di sekitar kawasan tempat penginapan tu juga.

5 Hotel Staycation Sambut Tahun Baru 2022!

1. The Haven All Suite Resort Ipoh

Resort yang mewah ni sememangnya ‘hidden gem’ di Ipoh, Perak! Terletak hanya 15 minit dari bandar Ipoh dan merupakan kondominium tertinggi di Perak.

hotel staycay new year

Kredit: @_nhaliza

Resort ni dikelilingi oleh batu kapur yang berusia lebih 280 juta tahun, pokok-pokok hijau serta tasik yang sangat cantik! Anda boleh nikmati pemandangan panaroma yang indah bila bangun pagi, boleh lah feeling-feeling gitu!

the haven all suite resort ipoh

Kredit: @syfq.dck

Benda yang paling best di resort ni adalah infinity pool yang sangat besar! Boleh berenang sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang hijau dan tenang.

Tempat ni sangat sesuai untuk keluarga dan mereka yang nak berehat santai semasa tahun baru! Boleh tempah staycation anda di sini The Haven All Suite Resort Ipoh.

Dah datang ke Ipoh, wajib lawat Sunway Lost World of Tambun! Boleh bermandi-manda di Hot Springs dan melawat tempat tarikan yang berbeza seperti Petting Zoo, Tiger Valley, Adventure Park dan banyak lagi!

Dapatkan e-tiket ke Sunway Lost World of Tambun di Wonderfly!

Thistle Johor Bahru

Hotel Thistle Johor Bahru yang mewah ni menghadap ke selat Johor dan anda boleh nikmati pemandangan laut yang biru. Reka bentuk hotel 5 bintang ni juga sangat unik!

@thistlejohorbahru staycation

@thistlejohorbahru staycay

Kredit: @thistlejohorbahru

Berdekatan dengan banyak tempat-tempat makan yang popular, pusat beli belah dan juga Johor Premium Outlets. Senang lah nak bershopping sakan!

Ramai juga warganegara Singapura yang datang untuk staycay di Thistle Johor Bahru ni sebab terletak hanya 10 minit sahaja dari tambak Singapura.

Boleh tempah staycation Thisle Johor Bahru di sini.

Trip anda ke Johor Bahru tak lengkap kalau tak singgah ke LEGOLAND! Anak-anak pasti suka datang ke sini sebab boleh tengok pelbagai jenis reka model LEGO yang diperbuat daripada lebih 60 juta bata lego!

Dapatkan tiket kemasukan LEGOLAND anda dari Wonderfly!

Traders Hotel, Kuala Lumpur

@sf.fazz traders hotel kuala lumpur

Kredit: @sf.fazz

Bangun pagi, tengok KLCC! Wah, memang cantik pemandangan dari Traders Hotel ni lebih-lebih lagi pada waktu malam. Boleh tengok pencakar langit dari dalam bilik hotel je.

@jalanjalanwithame staycation traders hotel tahun baru

Kredit: @jalanjalanwithame

Jika anda suka berjalan-jalan di bandar, boleh lah staycay di sini! Berdekatan dengan KLCC, Avenue K dan juga Bukit Bintang. Memang seronok berjalan-jalan dan bershopping sakan.

Tempah staycation anda di Trades Hotel, Kuala Lumpur!

Datang Kuala Lumpur, memang WAJIB untuk melawat Aquaria KLCC dan KL Tower Mini Zoo!

Bawa keluarga ataupun kawan-kawan ke Aquaria KLCC! Boleh tengok pelbagai spesies haiwan laut termasuk jerung, penyu, ular laut, ikan pari dan banyak lagi. Jalan dan ambil gambar di terowong berukuran 90 meter yang dikelilingi dengan jerung harimau!

Kita sambung pula dengan melihat haiwan-haiwan yang comel di KL Tower Mini Zoo! Ada alpaca, rakun dan burung-burung yang bewarna-warni.

Beli tiket kemasukan ke Aquaria KLCC dan KL Tower Mini Zoo secara online je di Wonderfly!

The Westin Langkawi Resort & Spa

@aurora.dawn.swan staycay langkawi

Kredit: @aurora.dawn.swan

Pencinta pulau mesti suka sambut tahun baru di The Westin Langkawi Resort & Spa ni! Pemandangan laut biru yang sangat cantik, boleh breakfast with a view.

@i77ataiman the westin langkawi tahun baru

Kredit: @i77ataiman

Sesuai bagi couple yang nak menyambut tahun baru secara romantik! Anda juga boleh nikmati pemandangan senja yang sangat menakjubkan.

Kolam renang di resort mewah ni juga sangat besar tapi jika anda inginkan privacy, anda boleh tempah bilik yang ada private pool! Boleh tempah penginapan anda di The Westin Langkawi Resort & Spa anda sekarang!

Tempat apa yang best nak melawat di Langkawi?

Naik SkyCab Langkawi Cable Car! Boleh tengok pemandangan flora dan fauna di Langkawi secara menyeluruh! Anda boleh juga masuk ke SkyDome dimana anda boleh nikmati hiburan 3D dan juga ambil gambar yang menarik di 3D Art Gallery. Anak-anak kecil pasti seronok dapat lihat dinasaur secara lebih dekat di SkyRex!

Keseronokan diteruskan lagi dengan melawat Underwater World Langkawi di mana anda boleh melihat hidupan marin yang unik! Anda juga boleh tengok aksi pengui yang comel.

Dapatkan tiket SkyCab Langkawi Cable Car dan Underwater World Langkawi di Wonderfly!

Hard Rock Hotel Penang

Sambutan tahun baru lebih best jika anda staycay di Hard Rock Hotel Penang ni! Hotel ini berhadapan dengan laut biru dan dikelilingi dengan hutan rimbun yang sangat indah.

@mariafarlina hard rock hotel penang

Kredit: @mariafarlina

Hard Rock Hotel Penang ni sudah tentu terkenal dengan hiburan dan muzik! Night life di sini sangat best dan sesuai untuk orang-orang yang berjiwa muda.

@syizzrull_nadziq tahun baru penang

Kredit: @syizzrull_nadziq

Anda juga boleh berkelah di tepi pantai sambil menikmati pemandangan laut pada waktu senja. Sangat instaworthy! Tempah penginapan anda di Hard Rock Hotel Penang di sini.

Jangan lupa untuk singgah ke Entopia, Penang di mana ada lebih 150 spesies fauna dan lebih 200 spesies fauna! Bila anda jejak masuk ke dalam rumah kaca, anda dapat lihat banyak rama-rama bewarna-warni yang berterbangan!

Beli tiket kemasukan ke Entopia, Penang anda secara online di Wonderfly!

 

There’s a mini zoo at KL Tower and here’s why everyone should definitely visit it ASAP

Share it out
Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Leave a Reply