Taman Tema untuk anda kunjungi bersama keluarga sambut krismas dan tahun baru!
Masih merancang aktiviti keluarga untuk Krismas dan Tahun Baru ni? Wonderfly dah sediakan 8 taman tema untuk anda bawa keluarga bercuti!
Taman tema ni bukan sangat sesuai untuk seisi keluarga dan memang seronok tak terhingga! Jangan lupa patuh SOP dan praktis social distancing! #KitaJagaKita
1. Sunway Lagoon
Kredit: @sunwaylagoonmalaysia
Di taman tema Sunway Lagoon ni, ada ENAM zon yang berbeza untuk anda terokai – Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Lynton V. Harris’ Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon iaitu Taman Tema Nickelodeon pertama di Asia!
Terletak hanya 20 minit dari pusat bandar, taman tema ni menjadi pilihan utama keluarga untuk bawa anak-anak bercuti.
Macam-macam permainan dan rides yang ada di dalam taman tema Sunway Lagoon ni, dari roller coaster, water slide dan rumah hantu. Semuanya pasti menyeronokkan!
Kredit: @pakcik_im
Jangan lupa bergambar di atas jambatan gantung yang panjang di sini!
Jom kita dapatka e-tiket Sunway Lagoon dari Wonderfly!
2. Berjaya Times Square Theme Park
Kredit: @audreychin
Suka bershopping? Berjaya Times Square Theme Park terletak dalam pusat beli belah Berjaya Times Square! Lepas bershopping sakan, boleh naik roller coaster pula!
Dalam taman tema ni, ada dua bahagian iaitu Galaxy Station yang mempunyai permainan mengerunkan seperti Supersonic Odyssey dan bahagian Fantasy Guardian pula adalah tempat tarikan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Beli e-tiket Berjaya Times Square Theme Park di Wonderfly untuk diskaun hebat!
3. District 21
Kredit: @_farhanasalam
Taman tema District 21 yang sesuai bagi yang sukakan adrenaline rush! Terletak di dalam pusat beli belah IOI City, anda boleh mencabar diri dengan aktiviti seperti memanjat, menunggang, melompat, meluncur, terjun serta terbang!
Kredit: @_3rinciklee
Dari halangan yang paling senang seperti Tubby Ride atau Yoyo Car sehinggalah yang paling mencabar seperti NinjaWarrior atau Roller Glider, semua pun ada di District 21!
Tempah tiket anda dan rakan-rakan ke District 21 sekarang dengan Wonderfly!
4. Wet World Shah Alam
Kredit: @alifeady
Tama Tema yang terletak di Shah Alam ni bertemakan Carribbean mempunyai lebih 10 jenis tarikan air seperti Super Hurricane, Monsoon Buster, Kiddy Typhoon, Lagoon Caribbean Rider dan macam-macam lagi.
Wet World Shah Alam ni sesuai untuk seisi keluarga dan bagi yang nak outing bersama kawan-kawan tersayang!
Boleh cabar ahli keluarga atau rakan-rakan dalam Pirate Challenge! Ataupun jika nak bersantai seperti di tepi pantai sahaja boleh ke Bermuda Triangle atau Pirate Cove!
Kredit: @zanazlee
Buat apa beratur panjang? Beli e-tiket Wet World Shah Alam dari Wonderfly dan hanya perlu scan kod QR semasa kemasukan!
Tak sabar dah nak bermain dengan air di Wet World Shah Alam, beli e-tiket anda di Wonderfly!
5. A’Famosa Theme Park
Kredit: @airielnajwan24
A’Famosa Theme Park adalah taman tema air yang terbesar di Malaysia! Lebih 12 jenis rides yang mendebarkan tetapi menyeronokkan untuk ada cuba seperti Big Ice Cream, Wahaha, Body Slide dan banyak lagi.
Kredit: @djamesz1
Lepas dah penat bermain dengan air, boleh bawa anak-anak ke Safari Wonderland pula! Tengok haiwan-haiwan seperti harimau, buaya, arnab dan banyak lagi.
Dapatkan tiket anda ke A’Famosa Theme Park dengan tawaran hebat di Wonderfly!
6. Lost World of Tambun
Kredit: @miejemi.co
Perjalanan selama 3 jam dari KL, kita ke Lost World of Tambun di Perak! Taman tema ni sesuai untuk seisi keluarga.
Lebih 10 tempat tarikan untuk anda terokai dan taman tema ni dikelilingi hujan tropika yang kehijauan serta pemandangan batu kapur yang berusia lebih 400 juta tahun!
Anda juga boleh bermandi-manda di Hot Springs, kolam air panas untuk berehat. Selain dari taman tema air, taman tema ini juga ada Petting Zoo, Tiger Valley, Swan Lake, Hippo Kingdom, Catopia. Boleh bawa anak-anak untuk berjumpa dengan pelbagai jenis haiwan!
Wah, nak tempah tiket sekarang ke Sunway Lost World of Tambun sebelum terlambat. Mestilah di Wonderfly!
7. LEGOLAND
Kredit: @rnadiasabrina
LEGOLAND yang terletak di Johor ni merupakan taman tema antarabangsa yang pertama di Malaysia! Nikmati tempat tarikan, hiburan serta lebih 70 jenis rides yang ada di taman tema ini.
Anda boleh lawati tujuh kawasan yang berbeza iaitu Beginning, Miniland, Imagination, Lego Technic, Lego Kingdoms, Land of Adventure, dan Lego City di mana terdapat lebih 15,000 model LEGO yang diperbuat dari lebih 60 juta bata LEGO.
Kredit: @masangelina
Bawa anak-anak berjalan ke Sealife dimana terdapat lebih 25 tangki akuarium di dalam 11 zon habitat yang mempunyai 13,000 jenis hidupan laut! Anda juga boleh melihat lebih 120 jenis spesies yang berbeza.
Anak-anak pasti gembira dan tak sabar untuk ke LEGOLAND, tunggu apa lagi? Dapatkan e-tiket sekeluarga anda sekarang di Wonderfly!
8. I-City Park
Kredit: @annisleenn
Siapa cakap Shah Alam bosan? Mesti anda belum pernah ke I-City Theme Park! Lawati taman tema ini untuk alami winter wonderland walaupun pada cuaca panas! Bermain dengan salji di Snowalk, boleh bina snowman anda sendiri!
Kredit:@ariipil81
Bukan itu sahaja, anda juga boleh masuk ke muzium lilin interaktif pertama di Malaysia! Ambil gambar dengan selebriti kegemaran anda, pasti ramai yang cemburu!
Nikmati pemandangan lampu bewarna-warni pada waktu malam di taman tema I-City ini. Dapatkan tiket kemasukan ke I-City Park dengan harga berpatutan di Wonderfly!
Takut PlanTakJadi?
Jangan risau, Wonderfly kan ada! Dengan PlanTakJadi, anda boleh dapatkan bayaran balik sebanyak 100% untuk mana-mana tiket ke tempat tarikan yang masih belum digunakan! 😎💰
Tak kisah lah sebab kereta rosak ke, ada hal urgent ke, ataupun bencana alam!
Macam mana nak dapatkan PlanTakJadi?
1. Pilih produk di www.wonderfly.asia
2. Pilih pakej & tarikh lawatan
3. Pilih kuantiti tiket
4. Tambah ke troli dan klik “Checkout”
5. Sila isikan maklumat anda
6. Klik box PlanTakJadi!
7. Pilih jenis pembayaran
8. Buat pembayaran & setel!
Cara untuk dapatkan bayaran balik 100% dengan PlanTakJadi:
Emel ke info@wonderfly.asia dalam tempoh 10 hari selepas tarikh lawatan anda bersama dengan resit, nama penuh, no. kad pengenalan dan maklumat bank.
Proses akan mengambil masa selama 7 hari bekerja.
Wah, lepas ni nak plan bercuti lebih senang! Tak risau kalau tiba-tiba kena cancel plan pun!