8 tempat sejuk di Malaysia seperti oversea

8 Tempat sejuk di Malaysia seperti di oversea!

Percutian yang nyaman dan menarik di 8 tempat sejuk dalam Malaysia ni!

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang masih tak berani untuk bercuti ke luar negara yang tengah musim sejuk sekarang ni. Jadi, kita bercuti saje lah di dalam Malaysia! Siapa kata Malaysia tak ada tempat sejuk? Ada tau!

Ini adalah tempat-tempat di Malaysia yang anda boleh jadikan sebagai destinasi percutian yang nyaman dan menyeronokkan bersama keluarga ataupun yang tercinta!

8 Tempat sejuk di Malaysia seperti di oversea!

1. SnoWalk di i-City Theme Park, Shah Alam

@eeeymey snowalk i-city shah alam

Kredit: @eeeymey

Taman tema ni terletak di Shah Alam dan berdekatan dengan Pusat Beli Belah Central i-City. Dah habis shopping sakan dan makan-makan di Pusat Beli Belah, boleh bawa keluarga ke taman tema ni untuk nikmati keseronokan tak terhingga!

@sarahhanim535 snowalk i-city shah alam

Kredit: @sarahhanim535

Alami pengalaman bermain dengan salji di SnoWalk setebal 100mm di atas tanah dan suhu yang sangat sejuk iaitu bawah 5 darjah celcius! Pakai baju tebal, snow cap, sarung tangan dan feeling-feeling seperti di luar negara!

Taman tema ini juga sangat terang kerana lampu LED yang berwarna-warni. Selain dari SnoWalk, anda juga boleh nikmati aktiviti menarik lain seperti Trick Art Museum, House of Horror, Bumper Car, Ferris Wheel dan banyak lagi!

Dapatkan tiket kemasukan ke i-City Theme Park dari Wonderfly!

2. Genting Highlands, Pahang

@iqxmxlik wonderfly skytropolis genting highlands

Kredit: @iqxmxlik

Tempat percutian kegemaran ramai yang terletak di Pahang ni hanya 1 jam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur! Ramai yang suka datang ke sini bukan sahaja kerana suhunya yang sangat sejuk tapi ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.

Boleh membeli-belah barang berjenama di Genting Highlands Premium Outlets. Para suami yang tak suka shopping, boleh nikmati secawan kopi panas sambil menikmati pemandangan hijau yang berkabus! Macam oversea gitu.

Dah habis shopping, boleh ke Skytropolis Theme Park untuk nikmati keseronokan dengan pelbagai jenis rides dan games yang ada.

@mimmy.mongle awana sky gondola cable car genting highlands

Kredit: @mimmy.mongle

Nak tengok pemandangan Genting Highlands secara menyeluruh? Naik Awana SkyWay Gondola Cable Car! Tak perlu beratur panjang dan hanya imbas kod QR dari e-tiket je. Dapatkan tiket anda sekeluarga untuk naik Awana SkyWay Gondola Cable Car dari Wonderfly!

Genting SkyWorlds Outdoor Theme Park bakal dibuka!

3. Cameron Highlands, Pahang

@amandahijau cameron highlands tempat sejuk

Kredit: @amandahijau

Tempat yang terkenal dengan buah strawberi yang juicy dan sayur-sayuran yang sangat segar! Cameron Highlands adalah tempat yang nyaman dengan suhu bawah 20 darjah celcius. Tidur tak perlu aircond pun dah sejuk!

Apa yang menarik di Cameron Highlands? Selain dari beli buah dan sayur-sayuran untuk dibawa pulang, tempat ni juga menawarkan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti taman bunga, ladang teh, muzium serta restoran steamboat!

Anda juga boleh kunjungi Mossy Forest untuk ambil gambar seperti dalam filem yang terletak di Gunung Brinchang.

4. Fraser’s Hill, Pahang

@joanne.ccw frasers hills tempat sejuk wonderfly

Kredit: @joanne.ccw

Satu lagi tempat sejuk yang terletak di Pahang dan 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Tempat ni mempunyai seni beni original dari zaman koloni British. Jadi, destinasi ni seperti bercuti di England! Cewah.

Fraser’s Hill ni sangat terkenal dengan flora dan faunanya yang sangat hijau dan nyaman. Ada beberapa tempat yang boleh anda kunjungi iaitu The Paddock Fraser Hill, Bird Interpretive Centre, Air Terjun Jeriau, Hemmant Trail Fraser Hill, Taman Flora Bukit Fraser, Twin Peak Pine Tree Hill, Taman Rekreasi Bukit Fraser, dan Menara Jam Bukit Fraser.

5. Bukit Tinggi, Pahang

@ayrinazarina colmar tropicale bukti tinggi tempat sejuk malaysia

Kredit: @ayrinazarina

Jika anda nak bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang, anda boleh menginap di Colmar Tropicale resort yang berkonsepkan Perancis! Barulah macam bercuti di luar negara kan?

@farisbaharin bukit tinggi tempat sejuk malaysia

Kredit: @farisbaharin

Tempat ni sesuai untuk pasangan yang nak honeymoon kerana sangat romantik! Anda juga boleh melawat ke Japanese Village untuk berpakaian seperti orang Jepun sambil hirup teh panas di Japanese Tea House!

Anda juga boleh bermain di Adventure Park ataupun tengok binatang seperti arnab di Rabbit Park dan naik kuda di Horse Trails. Terdapat juga spa untuk anda nikmati bersama pasangan!

6. Bukit Larut, Perak

@shhrfzn bukit larut, perak tempat sejuk malaysia

Kredit: @shhrfzn

Bukit Larut yang terletak di Perak ni juga dipanggil Bukit Maxwell. Bagi yang sukakan jungle trekking sambil menikmati alam semulajadi, tempat ini sesuai untuk anda!

Selain dari alam semulajadi, anda juga boleh lihat pemandangan bandar Taiping sehingga ke laut Selat Melaka dari ketinggian 1250 meter dari paras laut. Cuacanya sejuk dan nyaman!

Nak berseronok pula? Boleh ke Sunway Lost World of Tambun untuk bermandi-manda! Boleh dapatkan tiket kemasukan ke Sunway Lost World of Tambun dari Wonderfly!

2H1M Ipoh – Aktiviti-aktiviti menarik di sini

7. Kundasang, Sabah

@baybeylee kundasang sabah tempat sejuk malaysia

Kredit: @baybeylee

Nak bercuti seperti di New Zealand? Datanglah ke Kundasang, Sabah! Pemandangan gunung-ganang yang sangat indah dan menakjubkan!

@ilhamamanina dairy farm kundasang wonderfly malaysia

Kredit: @ilhamamanina

Tempat ini juga terkenal dengan pengeluaran produk tenusu kerana ada banyak lembu tempatan dan luar negara di sini. Anda boleh melawat DESA Dairy Farm untuk lihat lembu-lembu serta beli-belah produk tenusu yang segar!

8. Penang Hill, Penang

@snatiqahrahman penang hill wonderfly malaysia

Kredit: @snatiqahrahman

Tempat percutian yang anda boleh nikmati pemandangan panorama iaitu Bukit Bendara ataupun Penang Hill! Anda boleh naik kereta api untuk ke puncak Bukit Bendera. Bila tiba di puncak, anda boleh lihat pemandangan bandar Penang.

Alang-alang dah bercuti ke Penang, lawati juga Entopia untuk lihat pelbagai jenis rama-rama berterbangan! Dapatkan tiket kemasukan ke Entopia dari Wonderfly!

13 Tempat menarik yang menyeronokkan di Penang!

Share it out
Previous Post Next Post

Leave a Reply