wonderfly-genting-skyworlds

Genting SkyWorlds Outdoor Theme Park bakal dibuka!

Apa yang menarik di taman tema baru Genting Skyworlds?

Memang sudah sekian lama kita nanti-nantikan detik ni. Selepas beberapa kali ditangguhkan disebabkan Perintah Pegerakan (PKP), akhirnya taman tema outdoor baru di Genting Highlands iaitu Genting SkyWorlds yang akan dibuka tak lama lagi!

wonderfly theme park

Kredit: @deejsssss

Genting SkyWorlds ni adalah kerjasama antara Genting Malaysia dan 20th Century Studios. Mereka menggabungkan jenama yang mereka miliki sendiri iaitu Intellectual Properties dan IP daripada 20th Century Studios seperti Ice Age, Nights at the Museum dan Planet of the Apes.

Semua memang dah tak sabar kan?

Jom kita tengok apa yang menarik di Genting Skyworlds, taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara ni!

@gentingskyworlds

genting skyworlds

genting skyworlds

genting skyworlds

Kredit: @gentingskyworlds

Di dalam taman tema ni ada 9 tema alam berbeza yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan seperti Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio. Dengan keluasan 26 ekar, terdapat 26 taman tema (taman tema air pun ada!) yang terdiri daripada pelbagai jenis rides yang sesuai untuk semua peringkat umur!

Antara beberapa rides yang anda bakal cuba tak lama lagi adalah Mad Ramp Peak-Full Throttle Racing di Dynamic Attractions, Dark Ride di Night at Museum: Midnight Mayhem, ride Invasion of The Planet of the Aples dan zon Ice Age: Expedition Thin Ice.

genting highlands genting highlands genting highlands

Kredit: @gregpearn

Gambar-gambar ini semua telah dikongsikan oleh Greg Pearn iaitu Ketua Taman Tema dan Pengalaman, Resort World Genting di laman Instagramnya. Tengok je lah rides ni, mesti syiok!

Jangan risau bagi yang tak suka naik rides ni. Anda boleh ber-shopping! Pelbagai kedai berjenama dan restoran bakal dibuka. Tambahan lagi, LIVE show pun ada untuk mengiburkan untuk para pengunjung di sana!

wonderfly theme park

Kredit: @sry.khairudin

wonderfly theme park

Kredit: @its.christable

Anda perasan tak logo Genting Skyworlds yang comel ni? Logo ni adalah gabungan awan, lima bintang dan ada bentuk bangunan Genting Skyworlds itu sendiri.

taman tema genting skyworlds

Bagi tiket kemasukan pula, anda hanya perlu bayar satu harga tiket untuk semua akses semua taman tema di Genting Skyworlds! Paling penting, anda boleh dapatkan e-tiket secara online dari Wonderfly! Hanya perlu imbas kod QR dan tak perlu beratur panjang.

Nak ke Genting Highland? Naik cable car sambil menikmati pemandangan indah! Dapatkan e-tiket Awana Skyway Gondola Cable Car anda dari Wonderfly!

Jom kita tengok teaser Genting SkyWorlds di sini

Share it out
Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Leave a Reply