Pusat Beli Belah Dekorasi Tahun Baru Cina

Pusat beli belah yang meriah dengan dekorasi Tahun Baru Cina!

Pusat beli belah yang ‘HAPPENING’ dengan pelbagai hiasan menarik Tahun Baru Cina!

Selepas sahaja Krismas berakhir pada 25 Disember lalu, semua dekorasi Krismas telah diganti dengan hiasan Tahun Baru Cina! Selain dari dekorasi di pusat beli belah, rakyat Malaysia wajib sambut Tahun Baru Cina dengan bunyi mercun, persembahan tarian singa, angpao, buah mandarin dan banyak lagi!

Tahun ni adalah tahun Harimau. Kita semua tahu Harimau adalah binatang yang sangat garang dan sangat kuat! Bagi yang lahir pada tahun Harimau ni, individu tu mempunyai cita-cita yang besar dan sentiasa fokus bila bekerja. Wah, mesti workaholic ni!

Jom kita lihat pusat beli belah di Kuala Lumpur yang wajib kunjungi bersama keluarga untuk ambil gambar dengan latar belakang dekorasi Tahun Baru Cina yang meriah!

1. Pavilion KL

Pusat Beli Belah Tahun Baru Cina

Bertemakan ‘Blooms of Prosperity’, pusat beli belah Pavillion dihiasi dengan dekorasi Paper Art Garden di Centre Court, Tingkat Dua. Paper Art Garden ini adalah hasil karya seni oleh artis origami antarabangsa yang terkenal iaitu Master Chen Xiao dari negara China.

Pusat Beli Belah Tahun Baru Cina

Kredit: Pavilion KL

Dekorasi origami yang berwarna-warni dan ditambah pula dengan lampu yang terang, rasa macam di taman syurga! Paper Art Garden ni melambangkan lima elemen harimau iaitu logam, kayu, air, api dan bumi pada musim bunga, panas, luruh dan sejuk.

Jadi, hiasan dekorasi seperti bunga Daffodil yang mekar bersama harimau biru pada musim bunga. Bunga Peonies pula dengan harimau merah pada musim panas. Pokok maple daun emas dengan harimau perak pada musim luruh. Pokok bunga pic bersama harimau hitam untuk musim sejuk.

2. Sunway Pyramid

Pusat Beli Belah Tahun Baru CinaPusat Beli Belah Tahun Baru Cina

Kredit: Sunway Pyramid

Di Sunway Pyramid juga meriah dengan dekorasi Tahun Baru Cina dengan konsep bernama Wonder-Fu Chinese New Year! Pusat beli belah meriah dengan tanglung merah, pokok sakura dan juga Disney’s Tsum Tsum Year of Tiger. Anak-anak mesti suka lihat karakter dari animasi kartun Winnie The Pooh. Hiasan yang sangat comel!

Pusat Beli Belah Tahun Baru Cina 2

Kredit: Sunway Pyramid

Nak lebih dari membeli-belah dan bergambar? Kita ke Sunway Lagoon! Sesuai untuk semua peringkat umur, sambil bermandi-manda, anda juga boleh cuba setiap aktiviti dan tunggangan yang ada di Sunway Lagoon! Jom beli pas masuk ke Sunway Lagoon dari Wonderfly!

3. Mid Valley Megamall

Pusat Beli Belah Tahun Baru Cina

Kredit: Mid Valley Megamall

Kita ke Mid Valley Megamall pula di mana dekorasi Tahun Baru Cina yang sangat merah dan meriah! Bertemakan Spring City iaitu musim bunga, pusat beli belah ini dipenuhi pokok sakura yang berwarna merah jambu dan dikelilingi dengan tanglung merah dan emas serta patung singa.

Pusat Beli Belah Tahun Baru Cina

Kredit: Mid Valley Megamall

Anda juga boleh menulis wish di atas kertas dan menggantungkannya pada pokok sakura! Ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda nikmati sepanjang sambutan Tahun Baru Cina ni. Jadi, jangan terlepas!

4. IOI City Mall 

Pusat Beli Belah Tahun Baru Cina

Kredit: IOI City Mall

IOI City Mall juga turut meriah dengan dekorasi Tahun Baru Cina yang berkonsepkan Senses of Spring untuk meraikan tahun harimau. Pusat beli belah dihiasi dengan pokok-pokok sakura, pokok-pokok buluh, tanglung, kipas tangan dan banyak lagi! Boleh lah berpakaian cheongsam dan bergambar di sini.

Lengkapkan hari anda dengan aktiviti yang mencabar di District 21 yang terletak di dalam pusat beli belah IOI City Mall! Sesuai sangat untuk outing bersama kawan-kawan. Pelbagai aktiviti yang mendebarkan untuk anda cuba. Boleh dapatkan tiket kemasukan ke District 21 dari Wonderfly!

6. 1 Utama

Wonderfly Dekorasi Pusat Beli Belah

 

Pusat beli belah 1 Utama juga meriah dengan pilihan tema Tahun Baru Cina mereka iaitu Regal Kingdom of Spring. Mereka mempamerkan 12 haiwan zodiak berwarna emas dan harimau yang duduk di atas batu gunung besar dan tingginya adalah 20 kaki! Boleh pilih haiwan zodiak mengikut tahun kelahiran anda dan pose!

Wonderfly Dekorasi Pusat Beli Belah

Kredit: 1 Utama

Lepas beli belah boleh beraktiviti indoor surfing di Windlab Indoor Skydiving @ 1 Utama! Ajak kawan-kawan untuk join sekali dan dapatkan tiket ke Windlab Indoor Skydiving dari Wonderfly!

12 Tempat dan Aktiviti Percutian POPULAR di Johor!

Share it out
Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Leave a Reply