Nak melancong ke luar negara? Ini negara-negara yang rakyat Malaysia boleh melawat tanpa jalani proses kuarantin!
Sejak 11 Oktober 2021, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia melancong ke luar negara! Ada beberapa negara yang telah membuka sempadan kepada para pelancong dan tanpa perlu jalani proses kuarantin.
Mesti ramai dah tak sabar untuk melancong ke luar negara. Jom kita tengok negara mana yang menerima kedatangan rakyat Malaysia!
1. Maldives
Kredit: @maldives
Mesti ramai pencinta pulau tak sabar untuk datang ke Maldives dan nikmati pemandang laut biru yang sangat indah!
Semua pelancong yang lengkap vaksin boleh masuk ke Maldives tanpa proses kuarantin kecuali yang datang dari United Kingdom (UK). Tetapi, hanya keputusan negatif Covid-19 yang diambil 4 hari sebelum ketibaan sahaja dibenarkan untuk masuk.
Anda tak perlu risaukan penjarakan sosial di sana kerana kebanyakan tempat penginapan di sana terletak agak jauh antara satu sama lain.
2. Thailand
Kredit: @cartayen
Sejak 1 November 2021, kerajaan Thailand telah membuka sempadan antarabangsanya untuk para pelancong dari 46 negara yang tersenarai, termasuklah Malaysia. Anda perlu ambil ujian Covid-19 72 jam sebelum perjalanan ke Thailand dan perlu menjalani ujian sekali lagi semasa ketibaan di sana.
Antara bandar-bandar yang telah dibuka untuk para pengunjung adalah Phuket, Bangkok, Hua Hin, Krabi, Pattaya, Koh Chang dan beberapa tempat di Chiang Mai. Wah, tak sabar nak membeli-belah dan makan-makan di Thailand!
3. Singapore
Kredit: @jangus231
Seperti yang telah kami kongsikan sebelum ini, Singapore juga adalah salah satu negara yang telah membuka sempadannya kepada para pelancong. Untuk ketahui lebih lanjut tentang SOP dan persediaan yang anda perlu lakukan sebelum ke Singapore, boleh baca di sini – Perkara rakyat Malaysia perlu tahu sebelum ke Singapura!
4. Turkey
Kredit: @whatitalyis
Bagi yang sudah lengkap vaksinasi, anda perlu pamerkan sijil vaksinasi anda. Untuk pelancong yang tak lengkap vaksinasi, anda hanya perlu tunjuk ujian negatif Covid-19. Anda perlu lengkapkan borang kemasukan pelancong secara online sekurang-kurangnya 4 hari sebelum ketibaan di Turki.
5. United Kingdom (UK)
Kredit: @rachellsmay
United Kingdom telah membuka sempadannya kepada hampir semua negara termasuklah Malaysia. Anda perlu menempah ujian Covid-19 untuk diambil pada hari kedua anda berada di England dan anda juga perlu melengkapkan borang lokasi penumpang sebelum terbang.
Nota Penting: United Kingdom tidak menerima vaksin Sinovac dan Sinopharm.
6. Switzerland
Kredit: @jiezhen
And kini boleh bermain dengan salji di winter wonderland Switzerland! Bagi yang lengkap vaksin, anda hanya perlu pamerkan sijil vaksinasi anda sahaja untuk masuk ke negara Switzerland. Hanya yang tak lengkap vaksinasi perlu mengambil ujian Covid-19.
7. United Arab Emirates (UAE)
Kredit: @christoph
Rakyat Malaysia yang masuk ke negara United Arab Emirates tidak perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu mendapat keputusan negatif bagi ujian Covid-19 sebelum ketibaan di sana. Boleh lihat Menara Burj Khalifa iaitu bangunan tertinggi di dunia!
8. France
Kredit: @daphne_ig
Dah bersedia untuk melancong ke negara romantis France? Sesuai untuk pasangan yang ingin melancong untuk honeymoon ataupun menyambut anniversary! Bagi yang dah lengkap vaksinasi, anda boleh ke France tanpa kuarantin dan hanya perlu pamerkan sijil vaksinasi anda.
Anda juga perlu dapatkan Pas Kesihatan COVID di sini.
9. Canada
Kredit: @antorodriguez.b
Canada juga telah membuka sempadannya dan menerima pelancong yang lengkap vaksin Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, and the Johnson & Johnson. Ada sesetengah tempat di Canada tidak menerima vaksin Sinovac. Anda perlu mengambil ujian swab 72 jam sebelum terbang ke Canada dan keputusan perlulah negatif.
10. Sri Lanka
Kredit: @antonlec
Sri Lanka menerima pelancong yang sudah lengkap vaksin dan anda tak perlu jalani proses kuarantin! Ujian Covid-19 yang negatif diperlukan 72 jam sebelum bertolak. Tak sabar untuk ambil banyak-banyak gambar yang Insta-worthy di Sri Lanka!
Negara-negara lain yang telah membuka sempadan kepada para pelancong termasuk Brazil, Mesir, Belanda, Pakistan, Jerman, Jordan, Ireland, Finland, Mexico, Sepanyol, Perancis, Nepal, Mauritius, Iceland dan beberapa lagi negara lain.
SOP rakyat Malaysia perlu tahu untuk melancong ke luar negara
Sebelum mula merancang perjalanan anda, pastikan anda dah tahu tentang SOP ini ya.
- Rakyat Malaysia yang dah lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk melancong ke luar negara tanpa melalui My Travel Pass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
- Pelancong perlu menjalani 2 ujian swab sebelum masuk semula ke Malaysia. Satu sebelum menaiki kapal terbang dan satu sebelum ketibaan. Ujian negatif Covid-19 sahaja dibenarkan.
- Pelancong perlu kuarantin selama 7 hari selepas tiba di Malaysia, kuarantin kendiri di rumah juga dibenarkan.
- Walaubagaimanapun, setiap negara mempunyai peraturan yang berbeza. Pastikan anda periksa terlebih dahulu di laman web kerajaan negara yang anda ingin lawati.
Hujung minggu semakin hampir! Lawati tempat-tempat menarik di sekitar Malaysia bersama keluarga tercinta. Dapatkan e-tiket ke tempat-tempat best seperti Sunway Lagoon, Aquaria KLCC, Sunway Lost World of Tambun dan banyak lagi hanya di Wonderfly!