Wonderfly di pitchIN - Soalan Lazim (FAQs)

Wonderfly di pitchIN – Soalan Lazim (FAQs)

Wonderfly di pitchIN – Soalan Lazim (FAQs)

Soalan dan jawapan yang disenaraikan di halaman ini juga boleh didapati dari laman web pitchIN. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pelaburan di pitchIN, sila lawati laman Soalan Lazim (FAQ) di sini.

Untuk lihat halaman perniagaan Wonderfly di pitchIN, klik di sini!

 

Soalan Lazim (FAQs)

1) Bagaimana untuk menjadi seorang pelabur?
Senang sahaja. Hanya log masuk ke laman web pitchIN dan daftar menggunakan nama penuh dan isikan maklumat identiti anda. Anda mungkin diminta untuk mengisikan maklumat tentang perbankan apabila anda ingin membuat pelaburan.

2) Apa itu pendanaan ekuiti masyarakat?
Pendanaan ekuiti masyarakat adalah mekanisme dalam talian untuk syarikat-syarikat swasta mengumpul dana daripada pelabur-pelabur dan menukarkannya ke dalam bentuk ekuiti (saham) dalam syarikat. Dalam erti kata lain, pelabur-pelabur memberi dana kepada sesebuah perniagaan dan menerima hakmilik sebahagian daripada syarikat tersebut.

3) Adakah pendanaan ekuiti masyarakat sah di Malaysia?
Pada tahun 2015, Suruhanjaya Sekuriti telah mengesahkan pendanaan ekuiti masyarakat di Malaysia adalah sah tetapi hanya melalui pengendali-pengendali yang diluluskan. pitchIN telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk menawarkan perkhidmatan pendanaan ekuiti masyarakat.

pitchIN telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO) untuk tujuan menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan pendanaan ekuiti masyarakat. Anda juga boleh memuat turun syarat-syarat dan garis panduan berkenaan pendanaan ekuiti masyarakat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

4) Bolehkah saya mengubah fikiran?
Para pelabur mempunyai “cooling period” atau tempoh bertenang selama enam (6) hari bekerja.

5) Bolehkah saya menjual saham saya pada bila-bila masa sahaja?
Pelaburan pendanaan ekuiti masyarakat harus dilakukan untuk jangka masa yang panjang. Mungkin agak sukar untuk mencari pembeli saham anda dengan serta merta. Anda juga mungkin perlu mencari pembeli saham anda sendiri. Kami percaya bahawa akan adanya pasaran sekunder untuk memperdagangkan saham anda kelak, walaubagaimanapun anda perlu bersiap sedia untuk bertahan dengan pelaburan anda buat jangka masa panjang.

6) Apakah pilihan jalan keluar bagi pelaburan saya?
Apabila anda membuat pelaburan di dalam syarikat yang sedang berkembang, anda juga sedang membuat pelaburan untuk masa depan syarikat tersebut apabila syarikat sedang maju dan anda boleh keluar sekiranya terdapat Initial Public Offering (IPO) iaitu saham yang dibuka kepada orang ramai ataupun perdagangan.

7) Apakah yang akan saya terima untuk pelaburan saya?
Dalam kebanyakan kes, pelaburan anda akan digabungkan bersama dengan pelabur-pelabur lain di dalam syarikat. Kemudian, syarikat tersebut akan mengambil ekuiti yang sesuai dalam Penerbit bagi pihak anda.

8) Apakah hak yang saya ada?
Semua Pengeluar akan menyediakan Perjanjian Pemegang Saham yang akan menjelaskan bagaimana syarikat itu akan ditadbir dan diuruskan serta semua hak para pelabur. Isi kandungan satu Perjanjian Pemegang Saham mungkin akan berbeza dari yang lain tetapi dasar perjanjian akan melindungi hak anda untuk menerima laporan pengurusan berkala, penyata kewangan dan membuat undian bagi beberapa perkara yang penting. Para pelabur juga akan mendapat akses bagi perjanjian ini sebelum mereka membuat pelaburan.

9) Adakah saya perlu membayar sebarang yuran?
Pelabur tidak perlu membayar sebarang yuran semasa membuat pelaburan. pitchIN mengenakan Pengeluar suatu jumlah sebagai yuran untuk berjaya mengumpulkan dana di platform pitchIN.

10) Apakah tanggungjawab bagi pengendali platform seperti pitchIN?
Pengendali platform perlu melaksanakan sistem dan proses yang memastikan keselamatan para pelabur dan kepentingan awam, fungsi pasaran yang betul, mempraktikkan keadilan dan kejujuran serta menguruskan sebarang konflik kepentingan awam sekiranya ada.

 

Kenapa melabur dengan Wonderfly?Kenapa melabur dengan Wondefly
Share it out
Previous Post Next Post
By
I go by Timothy, Timmy, or Tim. Tryna get rich to see the world. The only thing that can make this awkward potato awkward-er is if you speak Chinese to me.

Leave a Reply